AKU MAHU PULANG

Sungguh
sadis, pilu dan parah yang tak terkata
tika imbau memori semalam
saat menjadi manusia alpa
berpaksikan hawa nafsu durjana
syaitan sahabat karib
bergelumbang dengan dosa
perjalanan persis selangkah sudah ke neraka
dek kerana materialistik mengontaminasi minda
dek kerana kesenangan yang tiada abadi sama sekali
walhal pintu neraka menanti aku.

Sungguh
lelah menangisi hari semalam
kini kupanjatkan sejuta kesyukuran
tika mentari masih terbit di ufuk timur
dapat aku intai taman-taman syurga
tinggal tekad meniti jalan hijrah
dengan sesuci hati nurani
mulut ringan bermunajat
iman terus diperkasa
taqwa yang perdana
nekad tidak berpaling ke lembah hina
kerah tenaga abdikan diri kepada Sang Pencipta.

Sungguh
aku mahu pulang.

Nukilan ,
ariffu
@
Mohammad Ariffudin bin Sah Harudin 

Comments

Popular Posts