HUTANG CINTA
Kenangan
itu membuat aq luluh dengan perasaan sendu kerana lagenda yang aq temu itu cukup
banyak berjasa pada negara namun masih bimbang dengan hutang cintanya. Walhal
aq masih terawang-awang dan lambat untuk cerna cinta itu. Lantas karya pendek
insan bernama Pak Ya langsung menyentuh benak hati ini dan mengingatkan diri
ini sejauh mana diri ini bersyukur dipinjamkan cinta yang tak terbalaskan. Aq
bersekolah dengan Biasiswa Kecil Persekutuan, nikmati alam matrikulasi dengan
ihsan elaun KPM, layari bahtera sarjana muda dengan Biasiswa JPA serta menghabiskan
pengajian sarjana dengan bantuan MyMaster di bawah program MyBrain15 untuk
yuran pengajian dan Baitumal WPKL untuk sara hidup sepanjang pengajian.
Tuntasnya tidak akan pernah untuk aq lelah dan berhenti dalam usaha membayar hutang cinta
itu walau aq perlu hadap jerih perit kehidupan ini.
KES
STUDI: Hutang Cinta Yang Ku Pinjam
Ketika
aku sampai di puncak, mentari bergayut berat di ufuk barat. Sekejap nanti senja
akan datang menjemput, dan mentari pun segera memujuk unggas untuk berehat,
bagi menanti hari esok pula.
Setelah
aku mengambil dudukku, pandanganku ku arah tepat ke jambatan Ke Dua. Mercu
tanda citra bangsa merdeka. Gagah ia berdiri menghubungi tanah besar
Semenanjung dengan pulau tempat tumpah darah ku ini. Cahaya mentari yang lewat
itu, berwama kekuningan menampar lemah jambatan sekaligus membangkitkan rasa
sayuku terhadap kehidupan ini. Pulau Aman dan Pulau Jerjak yang menjadi latar
kepada jambatan itu turut menerima mentari petang, te|ah turut menambah sayu
dan rundungku.
Usiaku
telah hampir dengan angka tujuh puluh. Sebab itu aku sering sayu bila aku
menelaah riwayat hidupku, berlatar alam yang aku sebut di atas. Kasihan aku
kerana menanggung beban itu, beban tua!
Sekarang aku seorang persara
kerajaan. Setiap aku mendapat pencenku dan itu membolehkan cucuku Umar sering
tersenyum kerana ada cokiat untuknya. Suka dia! Apapun, melihat dari satu
sudut, cucuku juga turut menerima secara terus limpahan kasih dari negara.
Dari puncak aku melihat ke bawah,
ke kampong lahirku Teluk Tempoyak. Namanya diambil dari tempoyak yang banyak di
sana, duriannya tidak dapat dijual kerana tiada jalan perhubungan dengan dunia
luar waktu itu. Yang ada hanya lorong kecil melalui bukit untuk pejalan kaki
dan melalui laut yang ternyata mengikut jadual alam, pasang surut.
Teluk Tempoyak ialah kampong
nelayan, tempat atukku menangkap ikan. Atukku taukeh belat. Sejak aku berumur
lima tahun, orang tua itu sudah mengajar aku berenang. Beliau mahu aku menjadi
nelayan dan mewarisi kebijaksanaannya berbelat di laut.
Bapaku tinggal di Batu Maung, di
bawah bukit sana. Bila aku bersama bapaku dia akan membawa aku ke sawah. Dia
mengajar aku bersawah. Bila musim kering dia membawa aku ke bukit menoreh
getah. Dia menyebut padaku agar aku bekerja kuat untuk menjadi penoreh dan
pesawah.
Tahun 1956 aku ke sekolah, Sekolah
Umum Batu Maung. Aku tidak pakai kasut sebab tidak ada kasut. Berseluar pendek
dan tak berbaju. Bukannya luar biasa itu, kerana semua murid seperti aku.
Menjadi murid pada sistem
pendidikan penjajah, aku dilatih untuk menjadi petani. Sebahagian besar waktu bersekolah
aku diajar membuat batas dan menanam sayur. Satu kelas menjadi seronok bila
berkebun.
Tiba-tiba datang 31 ogos 1957.
Malaya merdeka! Waktu itu aku ternganga-nganga tidak tahu apa-apa. Apa yang merdeka
akan bawa pada orang tuaku atau kepada aku, aku tidak tahu. Tahu aku hanya mahu
menjadi nelayan atau pesawah. Atau penoreh getah atau pun petani seperti yang
diminta British. Aku bersedia bermain dengan keringat yang dibekal oleh tulang
empat kerat.
Aku gagahi bersekolah. Kawan-kawanku
ramai yang berhenti. Kata mereka, hidup mereka punya tujuan sedang aku tidak
kerana tidak ada contoh teladan. Aku terus belajar. Masuk Sekolah Lanjutan,
Sekolah Menengah. Orang kampungku tidak tahu yang aku bersekolahpun.
Rupanya dalam keadaan yang payah
negara yang berkerajaan merdeka ini telah menyusun jalan-jalan pendidikan yang
kukuh tapi penuh dengan halangan dan kekurangan. Kekurangan kerana negara
miskin. Tetapi merdeka menyebabkan impian tidak miskin, merdeka menyebabkan keinginan
tidak miskin, cita-cita pendidikan dipacak di puncak gunung, ternyata tidak miskin.
ltu rupanya nikmat merdeka!
Aku menyambutnya walau aku tidak
mengerti arah tujuan. Di sudut hati aku yakin akan jalan pendidikan yang ditaja
rasa merdeka punya matlamat bahagia. Ibu pertiwi selalu berpesan, "Kehidupan
ini adalah permainan selangkah demi selangkah," Harungi dengan sungguh, jujur,
penuh perkiraan dan percaturan.
Akhirnya aku sampai di Universiti
Malaya pada tahun 1970. Terima kasih ibu pertiwi kerana cinta pendidikanmu
padaku. Cintamu yang berupa sistem, Cintamu yang berupa wang, cintamu yang
berupa sekolah dan universiti, cintamu yang berupa guru-guru, cintamu yang
berupa perpustakaan dan pelbagai lagi cinta-cintamu. Meski cintamu kaya dengan
kekurangan tetapi sekali kamu memberinya kepadaku, kamu tidak pernah kesal dan
bermasam muka.
Aku cerna cinta itu. 1973 aku
menjadi siswazah! Kejayaanku itu menjadikan aku peminjam cinta, cinta pendidikanmu
padaku duhai Ibu Pertiwi.
Atukku dan bapaku telah pergi.
Mereka datang sebagai nelayan dan pesawah. Mereka pergi sebagai nelayan dan
pesawah juga. Mereka tinggalkan aku di pangkuan cinta merdeka. Aku menangis..!
Senja telah menjelang. Angin senja
meniup perlahan membasuh dan membelai bunga-banga rumput. Aku bangun dari
dudukku. Ku pandang sekali lagi jambatan ke Dua sebelum melangkah turun. Mercu
itu tetap gagah malah bertambah.
Aku tenggelam dalam makna
kata-kata awal, judul kes studi ini. Rasaku bersemi dengan ibu pertiwi kerana merdeka
bersama didiknya, dalam erti dan makna, hutang cinta yang telahku pinjam!
Karya:yahayasalim.


Comments
Post a Comment