SEBUAH PENGHARAPAN
Melayari
hari-hari dalam peghidupan seakan normal penuh bahagia tapi bersifat sementara
sahaja. Tersentak benak di lubuk hati lalu terfikir sejenak akan pengharapan
yang masih kabur. Sedar ataupun tidak sudah empat bulan hilang terus hilang dan
hanyut terus hanyut. Cabaran apa yang masih dalam dongengan ciptaan sendiri.
Yang kecil masih bertatih, yang besar masih digarap dan yang menulis masih
dibelenggu. Kerana apa? Penyudahan yang ditunggu masih jauh rasanya, bait-bait
murni segelintir masih garau memerli. Masih gigih mahu melangkah sambil
intai-intai andai pelangi masih menyorok di balik pencakar langit yang
mencemari langit penulis. Padah apa lagi yang menanti di hadapan? Dalam mencari
pengharapan penulis terlupa sesuatu, jalan ini mungkin sudah tertulis, tetap
tegar menadah tangan meminta kerana Sang Pencipta tidak pernah lelah untuk
mendengar.


Comments
Post a Comment